INTERAKTIF DAN KULIAH BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS ::MASJID PENUH::




10 JUN 2012 – Sebuah majlis ilmu MEGA yang julung kalinya secara besar-besaran telah diadakan di masjid ini. “INTERAKTIF DAN KULIAH BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS” telah bermula jam 8.00malam hingga 10.00malam. Progam ini juga telah cipta satu sejarah baru untuk masjid ini apabila penduduk Sungai Abong mula memenuhi dewan solat utama masjid dan membanjiri perkarangan masjid sekitar jam 6 petang. Persiapan bagi program MEGA ini

RoadShow : Pusat Rawatan Islam Terapi Bil Quran Siri 2 ::BERJAYA::

JUN 2012 – Pusat Rawatan Islam Terapi Bil Quran sekali lagi hadir di masjid ini untuk Program Ceramah Dan Rawatan Islam untuk SIRI KE-2 hari ini. Ceramah berkaitan masalah membanteras masalah sihir, ilmu hitam, saka, santau, hysteria dan ganggu makhluk halus telah disampaikan oleh Prof. Dr. Amran Bin Kasimin[Pengurus, Pusat Rawatan Islam Terapi Bil Quran cawangan Negeri Kedah] pada 8 Jun 2012. Program disambung

Kursus Haji 2012 ::BERAKHIR::

3 JUN 2012 –  Kursus Haji Bersiri yang berlangsung di masjid ini telah berakhir hari ini. Bersempena ini, pihak jawatankuasa telah mengadakan sebuah majlis kecil bagi meraikan semua peserta yang telah berkursus dengan jayanya dan penceramah yang sudi mencurahkan ilmu. Majlis dimulakan dengan ucapan Tn. Hj. Kahar Bin Mashuri[Pengerui MJSA], Tn Hj Abd. Aziz Bin

Majlis Ilmu MEGA 10 JUN 2012


Sebuah majlis ilmu MEGA bakal diadakan di masjid ini,
“INTERAKTIF & KULIAH RAKYAT JOHOR BERSAMA”
USTAZ AZHAR BIN IDRUS
pada 10 JUN 2012 jam 8.00malam hingga 10.00malam. Semua muslimin dan muslimat adalah dijemput hadir dan semua dinasihatkan agar datang awal untuk memenuhi ruang masjid. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Pada 9 Jun 2012, Ustaz Azhar Idrus akan berada di Padang Keadilan, KM18, Parit Haji Salleh Ros, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

-SILA HEBAHKAN KEPADA SEMUA-

Makluman Kuliah Ustaz Adham Bin Hudari


Kuliah Ustaz Adham Bin Hudari, Selasa malam Rabu akan bersambung semula seperti biasa pada bulan Jun nanti. Beliau kini berada di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk pengajian beliau. Sama-sama kita doakan kesejahteraan beliau di sana dan dilindungi semasa perjalanan pulang beliau. Insya-Allah.

Makluman Kuliah Ustaz Hasmadi Omar


Kuliah Ustaz Hasmadi Bin Omar, Rabu malam Khamis akan bercuti selama 2 minggu pada 30 Mei dan 6 Jun. Kuliah beliau akan bersambung semula pada 13 Jun. Doakan perjalanan beliau pulang ke kampung halaman dan pulang semula ke Muar dirahmati dan dilindungi. Insya-Allah.