RoadShow : Pusat Rawatan Islam Terapi Bil Quran Siri 2 ::BERJAYA::

JUN 2012 – Pusat Rawatan Islam Terapi Bil Quran sekali lagi hadir di masjid ini untuk Program Ceramah Dan Rawatan Islam untuk SIRI KE-2 hari ini. Ceramah berkaitan masalah membanteras masalah sihir, ilmu hitam, saka, santau, hysteria dan ganggu makhluk halus telah disampaikan oleh Prof. Dr. Amran Bin Kasimin[Pengurus, Pusat Rawatan Islam Terapi Bil Quran cawangan Negeri Kedah] pada 8 Jun 2012. Program disambung
semula dengan sesi kedua iaitu ‘sesi rawatan’ secara percuma oleh Ustaz Herman Bin Sudil, Ustaz Dzulkifli Bin Ismail dan  Ustaz Nazirul yang terdiri daripada perawat-perawat daripada Pusat Rawatan Terapi Bil Quran selepas isyak. Pusat Rawatan Islam Terapi Bil Quran juga jalankan sekali lagi sesi ceramah dan rawatannya untuk sesi ketiganya pada hari Ahad [10 Jun 2012 jam 8.00pagi – 12.00tengahari] secara percuma. Rawatan perseorangan secara berbayar yang bertujuankan untuk mencari dana untuk Maahad Tahfiz Tanwiriah, Pt Jawa telah diadakan di Maahad Tahfiz Tohiriah pada sebelah petangnya. Program ini mendapat sambutan yang cukup hebat daripada kalangan penduduk Sungai Abong. Pihak jawatankuasa masjid memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang program ini berlangsung dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini dan mengalu-alukan pusat rawatan untuk berprogram lagi di masjid ini. Insya-Allah.