PROGRAM SEMARAK RAMADHAN

Program Semarak Ramadhan
Masjid Jamek Sungai Abong.

RAMADHAN 1431H/2010M - Pelbagai program yang dianjurkan melalui Biro Pendidikan Dan Dakwah sepanjang Bulan Ramadhan. Tujuan program ini ialah dapat merangsang penduduk setempat untuk mengimarahkan masjid di samping program Ihya' Ramadhan itu sendiri. Antara program yang dijalankan ialah :-


1) Tazkirah Selepas Solat Asar oleh beberapa penceramah yang telah diundang.
2) Program Edaran Bubur Lambuk.
    -Program ini dijalan pada setiap minggu hari Ahad, Selasa, dan Khamis.
    -Waktu edaran adalah pada jam 5.00 petang hingga 6.00 petang.
3) Program Tadarus Al-Quran juga diteruskan selepas Solat Terawih.
4) Kuliah Subuh pada setiap Hari Ahad.
5) Majlis Khatam Al-Quran. (sila klik di sini untuk mengetahui program ini dengan lebih lanjut)
6) Program Qiamullail. (sila klik di sini untuk mengetahui program ini dengan lebih lanjut)
    - Program ini dijalankan pada 10 malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan.
    - Para jemaah boleh bersahur di Masjid. (makanan disediakan)

Diharap program ini dapat mengimarahkan masjid ini dan diharapkan semua penduduk Sungai Abong akan memberi sokongan yang jitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan