MAJLIS KHATAM AL-QURAN
SELESAI
5 September 2010 – Majlis Khatam Al-Quran perdana telah diadakan diadakan di Masjid Jamek Sungai Abong. Program tahunan ini telah berjaya dijalankan dengan kehadiran para jemaah hampir seramai 300 orang. Turut hadir bersama Tn. Hj. Abdul Kahar Bin Mashuri, ketua kampung Kampung Sungai Abong.
Majlis ini dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Ilham Bin Imam Al-Azhari selaku Imam 1 Masjid Jamek Sungai Abong yang diikuti oleh para jemaah yang mengikuti Program Tadarus Al-Quran yang dijalankan pada awal Bulan Ramadhan.
Pihak Jawatankuasa Masjid mengucapkan terima kasih kepada Tn Hj Kahar Bin Mashuri diatas kehadirannya memeriahkan majlis. Juga kepada Al-Fadhil Ustaz Ilham Bin Imam Al-Azhari yang memimpin majlis dan kepada semua jemaah yang hadir.
Ahli Jawatankuasa Masjid turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para jemaah yang telah bertungkus-lumus dalam gotong-royong menyiapkan juadah majlis. Terutama kepada Tn Hj Alias Bin Manap dan Tn Hj Ishak Bin Harun selaku tunggak utama dalam penyiapan juadah pada malam tersebut.
Para Jemaah Sedang Bergotong-Royong |
Para Jemaah Sedang Bergotong-Royong |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan