11 DISEMBER 2010 – Satu lagi aktiviti tahunan masjid ini telah dijalankan iaitu SAMBUTAN MAAL HIJRAH tahun 1432H. Program anjuran masjid ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kariah masjid ini khasnya dan penduduk Sungai Abong amnya. Penceramah yang telah diundang bagi menyampaikan ceramah berkenaan Tranformasi Maal Hijrah ialah AL-FADHIL USTAZ AHMAD SYAZLY BIN ABDULLAH Al-Azhari, Bekas Imam 1, Masjid KLCC. Beliau juga adalah Vokalis Kumpulan Nasyid AL-WADI.
Ceramah yang disampaikan selama 2 jam ini mendapat sambutan jemaah seramai lebih 200 orang. Turut hadir juga Tn Hj Kahar Bin Hj Mashuri[Ketua Kampung Sungai Abong, selaku Penasihat Masjid Jamek Sungai Abong]. Sajian Bubur Lambuk telah disediakan oleh En. Md Shah Bin Awang. Terdapat juga jualan rakaman Kumpulan Nasyid Al-Wadi. Program diteruskan dengan Program Qiamullail bermula pada jam 4.30am hingga 5.30am yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Syazly Bin Abdullah Al-Azhari. Pihak Masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga masjid yang telah membantu menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung.USTAZ AHMAD SYAZLY BIN ABDULLAH SEDANG MENYAMPAIKAN CERAMAHNYA |
USTAZ AHMAD SYAZLY BIN ABDULLAH SEDANG MENYAMPAIKAN CERAMAHNYA |
USTAZ ILHAM BIN IMAM SELAKU PENGERUSI MAJLIS |
KHUSYUK... |
ANTARA JEMAAH YANG HADIR... |
ANTARA JEMAAH YANG HADIR... |
ANTARA JEMAAH YANG HADIR... |
MUSLIMAH |
JAMUAN |
JAMUAN |
JAMUAN |
JAMUAN |
JAMUAN |
JAMUAN |
JAMUAN |
JAMUAN |
JAMUAN |
JAMUAN |
JUALAN CD NASYID KUMPULAN AL-WADI |
JUALAN CD NASYID KUMPULAN AL-WADI |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan