10 JUN 2012 – Sebuah majlis ilmu MEGA yang julung kalinya secara besar-besaran
telah diadakan di masjid ini. “INTERAKTIF DAN KULIAH BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS”
telah bermula jam 8.00malam hingga 10.00malam. Progam ini juga telah cipta satu
sejarah baru untuk masjid ini apabila penduduk Sungai Abong mula memenuhi dewan
solat utama masjid dan membanjiri perkarangan masjid sekitar jam 6 petang.
Persiapan bagi program MEGA ini
telah dirancang rapi oleh Al-Fadhil Ustaz Ilham
Bin Imam[Imam Besar MJSA] serta seluruh jawatankuasa tadbir masjid bersama
Ustaz Jafry Bin Hj Talib[PA Ustaz Azhar Idrus, Zon Johor] sekitar sebulan yang
lalu. Pihak jawatankuasa tadbir Masjid Jamek Sungai Abong memohon maaf atas
masalah teknikal yang berlaku dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada
seluruh individu yang terlibat bagi menjayakan program ini secara langsung
mahupun tidak langsung.