Saham Wakaf Johor

MAJLIS AGAMA ISLAM
NEGERI JOHOR

SAHAM WAKAFJOHOR

KONSEP SAHAM WAKAF JOHOR

 “SAHAM WAKAF JOHOR” merupakan satu skim di mana masyarakat islam memberi saham dengan harga RM10 seunit daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Seterusnya, mewakafkan saham tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada umat islam.

Skim ini dilancarkan berasaskan kepada penghayatan terhadap sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud

“Apabila matinya anak adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ; sedekah jariah (harta yang diwakafkan) ; ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.”
Hadis riwayat Muslim.

PEMBELIAN SEBUAH BANGUNAN
ASRAMA 6 TINGKAT DI KAHERAH MESIR

Majlis Agama Islam Negeri Johor menyeru kaum muslimin di Negeri ini untuk beramal jariah dengan RM10.

Hasil penyertaan tuan/puan akan disumbangkan bagi pembelian sebuah bangunan asrama 6 tingkat di Kaherah bagi tujuan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar.

Semoga amal jariah tuan/puan ini diberkati dan dirahmati Allah, Amin.

PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN

Setiap penyertaan kepada Skim Saham Wakaf Johor akan melayakkan peserta menerima pengecualian di bawah “Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
(No. Rujukan : JHDN.01/35/42/51/179-93-97)

PENYERTAAN

Pembelian Saham Wakaf boleh dibuat dimana-mana Pejabat Agama Daerah di Negeri Johor atau kaunter bergerak Majlis Agama Islam Negeri Johor.

atau

bagi penduduk di kawasan Sungai Abong,
bolehlah berurusan dengan :-

USTAZ ILHAM BIN IMAM
Amil Kawasan Sungai Abong
Imam 1 Masjid Jamek Sungai Abong
013-2370774

atau

 IMAM ABDUL RAHMAN BIN SALLEH
Imam 2 Masjid Jamek Sungai Abong
019-6653696