Program Korban Berkelompok MJSA 1432/2011


6 November 2011, 10 Zulhijjah 1432 – Program Korban Berkelompok anjuran masjid ini telah berjaya dilaksana dengan bantuan tenaga daripada ahli jawatankuasa, kariah masjid serta penduduk setempat. Program dijalankan selepas Solat Sunat Hari Raya Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Abd. Rahman Salleh. Program bermula sekitar jam 10.00 pagi dengan jumlah 4 ekor lembu yang disembelih dan berakhir sekitar jam 12.30 tengah
hari. Daging korban juga diagihkan kepada penduduk setempat. Pihak jawatankuasa masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga yang telah terlibat dalam menjayakan program ini dan mengharapkan agar semangat yang ditampilkan dalam program ini dapat diteruskan dalam program-program akan datang dalam usaha mengeratkan silaturahim.