Ceramah Perubatan Islam


5 Mei 2012 – Satu ceramah perubatan islam, RAWATAN TERAPI BIL QURAN anjuran bersama Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Thohiriyah dan Pusat Rawatan Islam Terapi Bil Quran (PRITBQ) telah diadakan di masjid ini. Rawatan bertujuankan membanteras masalah sihir, ilmu hitam, saka, santau, histeria dan gangguan makhluk halus telah disampaikan oleh Ustaz Herman Sudil, Perawat Terapi Al-Quran Singapura juga Pengurus PRITBQ, Johor Bahru dan Alor Setar. Ceramah telah bermula jam 2.30 petang sehingga jam 4.00 petang dan kemudian disambung semula selepas solat asar bagi sesi kedua iaitu ‘sesi rawatan’ secara PERCUMA oleh Ustaz Salman Al-Hafiz bersama-sama perawat-perawat Pusat Rawatan Islam Terapi Bil Quran. Hampir 50 orang daripada penduduk sekitar Sg Abong yang mendapatkan rawatan tersebut.


CAWANGAN PUSAT
RAWATAN TERAPI BIL QURAN
Johor
No 28A, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru
Kedah
No 264, Tingkat 1, Jalan BSG 10, Bandar Stargate Lebuhraya, Sultanah Bahiyah, 05400 Alor Setar Kedah