Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2011

19 Februari 2011– Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 1432H/2011M telah diadakan pada 19 Februari 2010M (Sabtu) bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Jamek Sungai Abong, Muar. Turut hadir dalam majlis tersebut Tn Hj Abd Kahar Bin Mashuri[Ketua Kampung Sungai Abong]. Majlis yang bermula jam 6.30 petang cukup meriah kerana disertai oleh hampir 300 jemaah yang terdiri daripada kariah masjid dan penduduk Sungai Abong.
Majlis dimulakan dengan bacaan berzanji oleh beberapa individu iaitu Al-Fadhil Ustaz Ilham Bin Imam, Imam 1, Imam Abdul Rahman Bin Salleh, Imam 2 , Tn Hj Alias Bin Manap, Bilal 1 , Tn Hj Mohamed Bin Abu Yamin, Bilal 2 dan Ustaz Sarwi Bin Sengut, Bilal 3 Masjid Jamek Sungai Abong. Majlis sambutan ini telah dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ilham Bin Imam dan Ceramah Sambutan Maulidur Rasul telah disampaikan khas oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Hasmadi Bin Omar. Jamuan telah disiapkan oleh Encik Md Shah Bin Awang. Pihak AJK Masjid mengucapkan jutaan terima kasih telah semua warga yang telah terlibat menjayakan sambutan ini.

“Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah”
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan