Program Solat Hajat Perdana Sek. Men. Vokasional Daerah Muar.


4 November 2011 – Sekolah Menengah Vokasional Daerah Muar telah mengadakan program tahunan mereka di masjid ini iaitu PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA SPM sekolah mereka. Program ini bermula sekitar jam 8.15 pagi yang dimulakan dengan pendaftaran kehadiran pelajar. Seterusnya, program dimulakan dengan bacaan yaasin dan tahlil yang dipimpin oleh Imam Abdul Rahman Bin Salleh [Imam 2, MJSA].
Majlis diteruskan dengan agenda utama iaitu Solat Sunat Hajat. Seterusnya, majlis diakhiri dengan ucapan tuan pengetua, En. Mat Yusof Bin Yeop Derus dan ucapan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Abdul Kahar Bin Mashuri seterusnya penyerahan cenderamata daripada pihak sekolah kepada pihak Masjid Jamek Sungai Abong. Pihak sekolah serta Jawatankuasa Masjid Jamek Sungai Abong mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga kerja yang bertungkus lumus melaksanakan program ini.

Sepatah Kata Tuan Pengetua
Walaupun pelbagai usaha yang telah pihak sekolah usahakan demi kejayaan anak-anak, namun usaha keras daripada para pelajar agar mengulangkaji pelajaran amatlah penting bagi kejayaan anda semua.
-En. Mat Yusof Bin Yeop Derus
Pengetua

PIHAK JAWATANKUASA TADBIR
MASJID JAMEK SUNGAI ABONG MENGUCAPKAN
SELAMAT MAJU JAYA
KEPADA SEMUA CALON SPM 2011